Burung Undan

Undan atau pelikan adalah sejenis burung air yang memiliki kantung di bawah paruhnya, dan merupakan sebahagian dari keluarga burung Pelecanidae. Bersama burung kosa, pependang, burung dendang laut, dan burung simbang, mereka membentuk Order Pelecaniformes. Undan moden boleh dijumpai di semua benua kecuali Antartika. Mereka muncul umumnya di wilayah yang beriklim panas, dan mereka tidak dijumpai di wilayah kutub, laut dalam, kepulauan samudera, dan daratan Amerika Selatan.Undan perang (Pelecanus occidentalis) ialah spesies terkecil dengan berat hanya sekitar 2.75 kg dan panjang 106 cm dan lebar bentangan sayap maksimum 1.83 m. Undan terbesar hari ini adalah undan Dalmatia (Pelecanus crispus) dengan berat 15 kg dan panjang 183 cm, dengan lebar bentangan sayap hingga 3.5 m. undan Australia memiliki paruh terpanjang diantara burung yang lain.Ia haiwan perenang yang baik kerana adanya kaki yang pendek dan kuat serta berselaput.